Create an account
Contact
Login

Login



Register

Create an account

Question

Contact



Banner
Banner
Banner
123

We Are Open

Beroperasi 7 hari seminggu, 360 hari setahun.

Dibuka dari jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi setiap hari.

Pertanyaan : 06 – 3361986 (Pn. Lela)

We're Open Visit Us

Join e-clubAnd Win a GiftCard

Sripercik

Restoran Sri Percik sememangnya begitu sinonim dengan Bandar Melaka. Tak sah ke Melaka kalau tak singgah ke Sri Percik ujar tetamu kami yang datang dari jauh.

Segalanya bermula sejak awal tahun lapan puluhan. Pada ketika itu, pengasas Haji Mahadi b. Mat (guru) dan isterinya Hjh Jariah bt Abd. Latiff mula berniaga di pasar-pasar malam sekitar Bandar Melaka. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dan ayam percik kami ketika itu menjadi buah mulut masyarakat setempat kerana keenakan rasanya.

Pada tahun 1986, Restoran Sri Percik Sdn. Bhd ditubuhkan ditengah Bandar Melaka (Jalan Tun Ali ). Restoran ini adalah restoran melayu pertama di Melaka yang berkonsepkan hawa dingin. Dengan ruang niaga dua tingkat.Kemudian, pada tahun 1996 kami berpindah ke lokasi sedia ada (Jalan Malim).

Premis baru ini mempunyai keluasan tiga kali ganda dari yang asal. Ia boleh menempatkan lebih 300 pelanggan dalam satu satu masa. Walaubagaimanapun , konsep hawa dingin telah diubah kepada Medan Makan Terbuka sesuai dengan trend semasa.Kini sudah hampir 20 tahun usia Restoran Sri Percik Sdn. Bhd.

Kami terus berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami. Disepanjang perjalanan ini, bermacam pengalaman telah kami lalui. Yang pasti, kami menjadi pilihan bagi meraikan saat-saat kegembiraan.

 

Sripercik.

ANUGERAH KEDAI PILIHAN PENGGUNA (KPDNDHEP)